dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Webinar Animasi Python Siri 2 – 13 September 2026

14 September 2026 | Aktiviti Terkini

Program Webinar Animasi Python Siri 2 telah berjaya dilaksanakan pada 13 September 2026 di NADI Pekan Kubu Gajah dengan penyertaan ahli NADI daripada pelbagai lapisan umur. Program ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran asas pengaturcaraan Python serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembangunan animasi ringkas menggunakan kod pengaturcaraan secara kreatif dan interaktif.

Sepanjang webinar, peserta mempelajari teknik menghasilkan animasi mudah menggunakan Python melalui aktiviti pengekodan secara berperingkat. Peserta turut didedahkan kepada konsep asas seperti penggunaan pemboleh ubah, fungsi, gelung (loop) dan kawalan pergerakan objek dalam animasi. Diharapkan penganjuran webinar ini dapat meningkatkan minat peserta terhadap bidang pengaturcaraan, mengasah kemahiran berfikir secara logik dan kreatif serta melahirkan generasi yang lebih celik teknologi dan bersedia menghadapi era digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.